Sunday, July 25, 2010

Jenis Sambungan Internet

Terdapat dua jenis sambungan Internet yang berbeza, sambungan Internet khusus dan sambungan Internet dailan. Anda boleh memilih jenis sambungan bergantung pada keperluan dan bajet anda.



Sambungan Internet Khusus


NeKeta Argrow bekerja sebagai seorang broker di bursa saham. Beliau menggunakan Internet untuk sentiasa memantau harga saham sepanjang hari. Beliau menggunakan sambungan Internet yang khusus kerana beliau inginkan komputernya disambungkan kepada Internet sepanjang masa.
Dalam sambungan Internet yang khusus, anda tidak perlu meminta ISP anda untuk mendapatkan sambungan setiap kali anda ingin bersambung kepada Internet . Banyak organisasi besar dan universiti menggunakan sambungan Internet khusus kerana organisasi dan universiti ini perlu menggunakan Internet secara meluas.

Sambungan Internet Dailan


Sharon Salavaria merupakan pekerja sepenuh masa dan menggunakan Internet untuk mengirim mesej e-mel kepada klien syarikat dan ucapan kepada rakan dan keluarganya. Oleh sebab Sharon ingin bersambung kepada Internet hanya untuk tempoh yang singkat, dia menggunakan sambungan Internet dailan.
Dalam sambungan dailan, anda perlu menyambung ke ISP setiap kali anda ingin menyambung ke Internet . Anda boleh memutuskan sambungan dari Internet selepas menyelesaikan kerja anda.
Sambungan Internet dailan pada kebiasaannya lebih murah dan mempunyai kadar pemindahan data yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan sambungan Internet yang khusus.

Mengenai Lebar Jalur


Lebar jalur merupakan jumlah data yang boleh dipindahkan melalui rangkaian dalam jumlah masa yang tertentu. Lebar jalur diukur dalam Mbps (megabait per saat), Kbps (kilobait per saat), atau bps (bait per saat).
Jika lebar jalur rangkaian adalah 1 Mbps, ia bermaksud bahawa 1 megabait data boleh dipindahkan melalui rangkaian tersebut dalam 1 saat. Kadar pemindahan sebenar data akan berbeza bergantung pada peralatan ISP, jenis sambungan Internet dan jumlah individu yang menggunakan sambungan yang sama dalam satu masa.
Lebar jalur rangkaian bergantung pada teknologi yang anda gunakan untuk menyambung ke Internet. Contohnya, anda boleh bersambung kepada Internet dengan menggunakan sambungan dailan. Kebanyakan sambungan dailan yang ditawarkan pada masa ini membenarkan kadar pemindahan data sehingga 56.6 Kbps.
Talian Pelanggan Digital (DSL) merupakan satu lagi teknologi yang boleh anda gunakan untuk bersambung kepada Internet. Jika anda menggunakan sambungan DSL, anda tidak perlu bersambung kepada ISP setiap kali anda ingin menggunakan Internet . Dengan menggunakan sambungan DSL, anda boleh memuat naik data pada kelajuan sehingga 128 Kbps dan memuat turun data sekitar 512 Kbps.
Anda juga boleh menggunakan kabel modem untuk bersambung kepada Internet. Jika anda mempunyai sambungan TV kabel, anda boleh mendapat sambungan Internet berkelajuan tinggi dari pembekal TV kabel. Anda boleh mencapai kadar pemindahan data sehingga 36 Mbps dengan menggunakan modem kabel.
Selain daripada itu, anda boleh bersambung kepada Internet dengan menggunakan teknologi wayarles. Dengan teknologi ini, anda boleh mencapai kadar pemindahan data sehingga 30 Mbps

No comments:

Post a Comment

Post a Comment