Sunday, September 19, 2010

Fail Transfer Protocol (FTP)

Maksud FTP

  • FTP adalah singkatan bagi File Transfer Protocol atau Protokol Pemindahan Fail.
  • FTP adalah satu perkhidmatan internet yang membenarkan seseorang pengguna mendapatkan fail- fail komputer yang terkandung jauh yang bertindak sebagai Pengkhidmatan FTP atau FTP Server.
  • FTP berguna sebagai satu jenis “perpustakaan elektronik” di mana sesuatu organisasi boleh memuatkan segala maklumat & sumbernya dalam fail – fail komputer di satu perkhidmatan yang disambungkan kepada internet.
  • Dari sana orang ramai dari seluruh dunia boleh mendapatkan laluan ke pengkhidmatan tersebut & memperoleh mana - mana fail yang diingini oleh mereka.
  • Sistem ini lebih baik daripada e-mel kerana pemindahan fail dijalankan secara automatik tanpa komunikasi antara manusia.
  • Kebanyakan khidmat FTP di internet adalah percuma.

Mengapa FTP

  • Semasa sejarah awal internet, tidak terdapat sistem pengumpulan data yang baik dengan maklumat di dalamnya disusun & diatur untuk memudahkannya dicari & diperolehi oleh mereka yang memerlukannya.
  • FTP merupakan satu percubaan terawal untuk memusatkan maklumat- maklumat dalam satu sistem kategori & pengasingan untuk memudahkan pencarian dan perolehan maklumat.
Asal Usul FTP

  • FTP adalah satu ciptaan Internet yang terawal.
  • Dicipta oleh ahli sains yang inginkan satu cara yang lebih baik bagi berkongsi – kongsi maklumat di antara mereka.
  • FTP pada peringkat awal kewujudannya adalah sangat rumit & susah untuk digunakan.
  • Kini, FTP telah diubah & diperkenalkan semula melalui perantara grafik yang sering dilihat dalam program – program Windows.
Jenis-jenis perkhidmatan FTP

(a) Pengkhidmatan FTP terkawal
  • Maklumatnya adalah percuma.
  • Pengguna harus mempunyai akaun dengan perkhidmatan ini & diberi nama pengguna(User) dan kata laluan (pasword).
  • Kadang kala penguna terpaksa membayar kepada pengurus perkhidmatan FTP untuk terus mendapatkan laluan ke pengkhidmatan tersebut.

(b) Pengkhidmatan FTP Terbuka

  • Membenarkan sesiapa pun mendapatkan fail- failnya secara percuma tanpa sebarang halangan.
  • Sesetengahnya tidak akan meminta sebarang maklumat daripada pengguna dan lebih dikenali sebagai “Anonymous FTP”(FTP Tanpa Nama).
Kesimpulan
  • FTP adalah satu cara pencarian & pemindahan fail yang terawal di internet.
  • Walaupun FTP adalah sistem lama, ia masih boleh digunakan kerana keupayaannya memindahkan fail – fail dalam bentuk asal tanpa perlu ditukar ke dalam bentuk lain.
  • Keupayaan ini akan menyaksikan FTP sentiasa menjadi salah satu perkhidmatan yamg paling popular di internet.

No comments:

Post a Comment