Sunday, July 25, 2010

Menyambung kepada Internet


Untuk menyambung kepada Internet, anda memerlukan peranti pengkomputeran, peranti sambungan dan Pembekal Khidmat Internet (ISP).

Peranti pengkomputeran boleh menjadi komputer peribadi, komputer mudah alin ataupun peranti mudah alih seperti telefon sel atau peranti pegangan tangan.

Anda memerlukan peranti sambungan seperti modem untuk menyambungkan komputer anda kepada Internet. Modem menukar maklumat digital kepada maklumat analog dan memindahkannya melalui talian telefon. Modem boleh sama ada terbina dalam komputer anda atau memasangkannya secara luaran pada komputer anda.

ISP merupakan syarikat yang menyediakan kesambungan Internet kepada individu, perniagaan dan organisasi. Ia juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti ruang penyimpanan untuk berkongsi kandungan peribadi anda.

Terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk anda bersambung kepada Internet. Apabila anda bersambung kepada Internet dengan menggunakan kabel, sambungan tersebut dipanggil sambungan fizikal.

Anda juga boleh menyambung ke Internet dengan menggunakan teknologi wayarles. Peranti pengkomputeran yang menyokong teknologi mempunyai Kesetiaan Wayarles atau kad Wi-Fi yang menyediakan komunikasi wayarles antara peranti pengkomputeran dan rangkaian. Kad Wi-Fi tidak disambungkan secara fizikal pada ISP.

Peranti lain yang anda perlukan bagi kesambungan wayarles ialah pusat akses (AP). AP digunakan untuk menyambungkan peranti pengkomputeran wayarles kepada rangkaian berwayar. Rangkaian berwayar boleh milik ISP. Anda kemudiannya boleh bersambung kepada Internet melalui ISP ini.

No comments:

Post a Comment