Monday, May 2, 2011

INPUT 5A

5.0 PENGENALAN

Kerja dalam tiga sistem yang berbeza iaitu mekanik, bendalir dan elektrik akan dibincangkan.
5.1 KERJA DALAM SISTEM MEKANIK

5.1.1 Apakah itu kerja ?

  • Dalam sistem mekanik kerja dilakukan apabila daya dipindahkan pada suatu jarak tertentu dalam arah daya.
  • Unit kerja ialah Joule ( J ) atau Newton Meter ( Nm ) Kerja ( J ) = Daya ( N ) x jarak dalam arah daya ( m )
Dirumuskan sebagai :
W = F x S
Dimana W - kerja
F - daya ( N )
S - sesaran ( jarak dalam arah daya )

Contoh 5.1

Satu objek ditolak berjisim 2 kilogram ditolak oleh satu daya bernilai 10 Newton, Objek itu bergerak 5 meter seperti ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Kirakan kerja dilakukan untuk menolak objek tersebut.


Penyelesaian :

Kerja, W = F x S
= 10 ( 5 )
= 50 J


  • Dalam sistem berputar pula, kerja dilakukan apabila objek itu berpusing.
  • Kerja ( J ) = Tork ( Nm ) x sudut objek itu berpusing( rad )
Dirumuskan sebagai :

W = τ x θ
dimana W = kerja
τ =Tork
θ = sudut dalam radian
Contoh 5.2

Gambarajah di bawah menunjukkan suatu daya sebesar 50 Newton dikenakan pada spanar yang panjangnya 50 cm untuk membuka 1 nat tayar kereta. Daya yang dikenakan menyebabkan nat itu berputar sebanyak 60°. Kirakan kerja yang dilakukan.



Penyelesaian :
Kerja = Tork x sudut putaran
W = τ x θ
Fd θ = 60

= 50 ( 0.5 ) x Π 180
= 25Π/3 J

Sudut radian tidak diambilkira semasa menuliskan unit bagi kerja , iaitu J atau Nm sahaja.

5.1.2 Applikasi Kerja Dalam Sistem Mekanik
  • Kerja dalam sistem mekanik secara linear ataupun putaran adalah hasil daripada daya yang mengerakkan sesuatu objek.
  • Daya ataupun Tork dalam pergerakkan objek adalah perlu supaya kerja dapat dilakukan.
  • Contoh aplikasinya ialah angkat berat, robot pemasangan, kren pembinaan dan konveyer untuk pemindahan barang.

No comments:

Post a Comment