Saturday, October 6, 2012

CARA MEMBINA MODUL INPUT KE OUTPUT

C6 CARA MEMBINA MODUL INPUT KE OUTPUT




Setiap proses modul input ke output selalu terdiri dari tiga (3) bahagian utama, iaitu :

1. Input

2. Proses

3. Output



Setiap proses modul input ke output, dapat dirangkumkan urutan berdasarkan sesuatu masalah, iaitu;

1. START : merangkumi arahan untuk persiapan peralatan yang diperlukan sebelum menangani pemecahan masalah.

2. READ : merangkumi arahan untuk membaca data dari sesebuah peralatan input.

3. PROCESS : merangkumi kegiatan yang berkaitan dengan pemecahan persoalan sesuai dengan data yang dibaca.

4. WRITE: merangkumi arahan untuk merakam hasil aktiviti ke peralatan output.

5. END: mengakhiri kegiatan pengolahan proses masalah.





CARTA ALIR (Flowchart)

Merujuk kepada carta yang menunjukkan aliran (flow) di dalam program atau prosedur sistem secara logikal. Carta alir digunakan terutamanya untuk alat bantu komunikasi dan untuk dokumentasi.



Cara Membina Carta Alir (Flowchart) :




Bila seseorang sistem analis dan pengaturcara ingin membina carta alir (flowchart), ada beberapa cara yang harus dititikberatkan, seperti :

1. Carta Alir (Flowchart) digambarkan dari halaman atas ke bawah dan dari kiri ke kanan.

2. Aktiviti yang digambarkan harus didefinisikan secara berhati-hati dan definisi ini harus dapat diterjemahkan oleh pembacanya.

3. Aktiviti yang ingin dimulai dan berakhir harus ditentukan secara jelas.

4. Setiap langkah dari aktiviti harus dilabelkan dengan menggunakan keterangan kata kerja.

5. Setiap langkah dari aktiviti harus berada pada urutan yang tersusun.

7. Simbol connector harus digunakan dan cabang sambungannya hendaklah diletakkan pada halaman yang terpisah atau padamkan keseluruhan sambungan connector jika tidak berkaitan dengan sistem.

8. Gunakan simbol-simbol flowchart yang standard.

No comments:

Post a Comment