Wednesday, August 18, 2010

Melayari Internet Menggunakan Internet Explorer

Dua pelayar paling popular yang boleh didapati sekarang adalah Microsoft Internet Explorer dan Netscape Navigator. Kebanyakan komputer membenarkan anda untuk menggunakan mana-mana pelayar dengan mudah tetapi kami akan gunakan Internet Explorer untuk perbincangan di sini.

Terdapat beberapa cara mudah untuk membuka Internet Explorer.

Ini adalah dua caranya:
1) Dwiklik ikon Internet Explorer di atas desktop anda.
2) Buka menu Start dan pilih Internet Explorer daripada senarai program anda.

Jika anda tidak disambungkan kepada Internet ketika membuka Internet Explorer, ia akan dail semula secara automatik dan sambungkan anda. Ketika proses mendail/proses hubungan selesai, Internet Explorer akan muncul memaparkan laman rumah yang merupakan tapak Internet anda.

Anatomi Tetingkap Pelayar

Tetingkap pelayar, seperti tetingkap lain, mempunyai bar tajuk, bar menu, dan bar alat. Bartajuknya mengandungi bebutang Minimize, Maximize dan Close. Bar alat pelayar kelihatan berbeza daripada bar alat Word kerana dua program ini mempunyai fungsi yang berlainan. Seperti bar alat Word, bar alat Standard Internet Explorer memberikan anda laluan kepada opsyen yang biasa digunakan di dalam program. Menu bar mengandungi opsyen yang unik kepada fungsi suatu pelayar. Kami akan beri gambaran bar alat Standard kemudian dalam pelajaran ini.

Anda boleh menukar laman rumah anda mengikut pilihan anda. (Kami akan tunjukkan kemudian di dalam pelajaran ini.) Ilustrasi seterusnya menunjukkan laman rumah, dan contoh ini ialah Microsoft.com.





Tetingkap pelayar mempunyai Bar Alamat yang memaparkan alamat lokasi semasa anda. Anda boleh taipkan alamat baru dalam medan Alamat untuk melihat laman web yang berlainan.
Akhirnya, bar status terletak di bahagian bawah tetingkap. Apabila anda melawat satu halaman atau laman Web, Internet Explorer mungkin akan ambil sedikit masa untuk mengakses halaman itu dan memaparkannya untuk anda. Bar status akan menunjukkan peringkat kedudukan anda dalam proses itu.

Petua Apabila anda melawat halaman baru, pastikan anda mendapat cerita yang lengkap. Jika bar skrol muncul di sebelah kanan, maka halaman itu adalah lebih panjang daripada apa yang skrin anda boleh paparkan. Skrol ke bawah untuk melihat apa lagi yang yang ada dalam halaman.
Halaman Web: Apa Yang Hangat dan Apa Yang Sebaliknya

Apabila anda melawat sebuah laman Web, halaman rumah laman Web tersebut mungkin hanya sebahagian kecil daripada keseluruhannya, jadi pastikan anda memeriksa hiperpautan yang disediakan untuk anda. Hiperpautan adalah satu kawasan atau bahagian di halaman Web yang jika diklik akan membawa anda kepada halaman Web yang lain atau ke bahagian lain halaman Web yang sedia ada seperti yang ditentukan oleh pautan anda. Untuk mencari hiperpautan pada halaman Web, gerakkan tetikus anda merentasi skrin. Apabila kursor bertukar menjadi tangan menuding, anda telah kesan satu pautan. Pautan boleh dijumpai dalam teks (biasanya dalam warna yang berlawanan), dalam gambar, dan juga di ruangan kosong skrin. Oleh itu, sedikit kerja siasatan adalah berbaloi.

Petua Ada ketika apabila anda ingin klik pada hiperpautan tetapi anda belum selesai dengan halaman terpapar semasa. Dalam keadaan ini, anda boleh membuka dokumen yang dirujuk oleh hiperpautan itu dalam tetingkap yang berbeza. Dengan cara itu, anda akan mempunyai dua tetingkap Internet Explorer yang terbuka-satu memaparkan dokumen asal dan satu lagi membuka dokumen yang berkaitan dengan hiperpautan. Untuk melihat dokumen yang mempunyai pautan pada tetingkap pelayar yang berbeza, tekan kekunci Shift ketika anda klik pada hiperpautan.

Mengemudi Menggunakan Bar Alat Standard dan Papan Kekunci

Dengan mengklik beberapa hiperpautan dengan tetikus, anda boleh meneroka agak jauh ke dalam World Wide Web. Mengembara ke destinasi yang dekat dan jauh adalah bahagian yang menyeronokkan dalam Web tetapi ia akan menghampakan jika pelayar tidak membekalkan peralatan mengemudi yang baik. Masuk bar alat Standard. Internet Explorer membekalkan anda alatan yang anda perlu untuk menjelajah Web secara berkesan tanpa rasa tersesat. Bar alat ditunjukkan dalam ilustrasi berikut dan bebutangnya diterangkan dalam senarai yang mengikuti ilustrasi ini. Anda juga boleh menggunakan kekunci pintas pada papan kekunci untuk mengemudi; laluan pintas ini dinyatakan dalam kurungan.
Versi Internet Explorer yang kemudiannya mungkin mempunyai bebutang dan ciri-ciri yang telah ditambah atau diubahsuai. Jangan panik jika bar alat anda mempunyai bebutang yang kami tidak tunjukkan di sini.


Back. Bebutang Balik mengembalikan anda kepada halaman yang sebelumnya. Anda boleh klik bebutang Back secara berulangan untuk kembali kepada halaman yang anda lawati sebelumnya. Bebutang Back hanya akan kembali kepada laman yang anda telah lawat pada sesi semasa. (Untuk kembali dengan menggunakan papan kekunci, tekan Backspace atau Alt+Anak Panah Kiri.)

Forward. Bebutang Forward adalah songsang kepada bebutang Back. Jika anda ke belakang terlalu banyak halaman, bebutang Forward membolehkan anda kembali ke mana anda berada. Bebutang Forward akan ke depan hanya kepada laman yang anda telah lawat pada sesi semasa. (Untuk ke depan dengan papan kekunci, tekan Alt+Anak Panah Kanan.)

Petua Anda boleh klik anak panah juntai bawah pada bebutang Back dan Forward untuk memilih laman yang anda telah lawat dalam sesi yang sama.

Stop. Bebutang Stop akan menghentikan sebuah halaman baru pilihan daripada dimuatkan. Ketika satu halaman mengambil masa yang lama untuk dimuatkan dan anda sedar bahawa ini bukan halaman yang diingini, klik Stop dan masa untuk memuatkan halaman dapat dijimatkan. (Tekan kekunci Esc untuk menghentikan muatan.)

Refresh. Bebutang Refresh mendapatkan semula halaman itu dan muatkannya semula. Jika anda berminat dengan halaman yang mengandungi maklumat yang dikemaskinikan secara tetap seperti harga saham masa nyata, maka bebutang Refresh akan mengemaskinikan skrin dengan maklumat terbaru sedia ada. (Untuk segar semulakan suatu halaman dengan papan kekunci, tekan F5.)

Home. Tidak kisah di mana anda berada, bebutang Home akan membawa anda balik ke halaman rumah- halaman pertama yang dibuka oleh Internet Explorer. (Tekan Alt+Home.)

Search. Bebutang Search ini membantu anda mencari perkaraapabila anda tidak tahu mana untuk mencari. (Tekan Ctrl+E untuk membuka Search Bar.)

Favourites. Butang Favourites menayangkan senarai laman Web yang anda boleh lawat tanpa menaip URL. (Tekan Ctrl+I untuk membuka bar Favourites.)

History. Bebutang History menunjukkan semua laman yang anda telah lawat, disenaraikan mengikut tarikh. Jika anda klik pada satu masukan, anda akan terus masuk ke laman itu. (Tekan Ctrl+H untuk buka bar History.)

Channels. Bebutang Channels menawarkan pelbagai pilihan laman Web yang dikategorikan mengikut topik.

Full Screen. Bebutang Full Screen membenarkan anda melihat halaman Web secara maksimum tanpa menunjukkan menu. (Tekan F11 untuk togel antara Full Screen dan paparan normal.)

Mail. Bebutang Mail membantu anda menguruskan e-mel anda.

Print. Bebutang Print membenarkan anda mencetak halaman Web semasa. (Tekan Ctrl+P.)

Edit. Bebutang Edit membenarkan anda menggunakan Notepad untuk mengedit halaman semasa yang dipaparkan.

Find. Walaupun tidak terdapat bebutang Find pada bar alat Standard, anda boleh menekan Ctrl+F untuk mencari satu teks pada satu halaman.

Menukar Laman Rumah Anda
Setiap kali anda membuka Internet Explorer, anda akan membuka laman rumah anda. Di mana anda benar-benar selesa? Adalah mudah untuk menukar laman rumah anda. Buka menu Alat dan pilih Internet Options. Kotak dialog Internet Options muncul, seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi berikut.


Letakkan laman rumah kegemaran anda ke dalam medan Home Page Address dan klik OK. Itu saja. Kali berikutnya anda klik bebutang Home atau buka Internet Explorer, laman rumah baru anda akan muncul.


Bekerja di Luar Talian

Ada kalanya anda mungkin tidak ingin sibukkan talian telefon atau talian data dengan bersambung kepada Internet. Namun, maklumat yang anda inginkan disimpan dalam halaman Web yang tertentu.

Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai senarai pelajar yang terlibat dengan projek sekolah (seperti pementasan) dan juga maklumat hubungan ibu bapa mereka. Untuk kemudahan para pelajar dan ibu bapa (berkongsi kenderaan, merancang dan perkara lain), maklumat ini boleh dikongsi oleh pelajar yang menyertai pementasan itu. Jadi anda boleh mencipta senarai pelajar dan maklumat hubungan mereka dan paparkannya di laman Web, lebih baik laman yang selamat untuk maklumat tentang pementasan itu.

Jika anda yang menyelia pementasan itu, kemungkinan anda selalu memerlukan maklumat ini. Daripada mendail ke dalam Internet dan mengakses laman Web, anda boleh memaklumkan pelayar anda untuk menyediakan maklumat itu di luar talian. Pelayar itu akan membuat salinan halaman Web tersebut dan memindahkan maklumat itu kepada cakera keras anda. Kali berikutnya anda memerlukan maklumat tersebut, anda boleh menggunakan pelayar anda untuk mengakses halaman itu. Ketika anda diprom untuk bersambung kepada Internet, anda mempunyai pilihan untuk memaklumkan pelayar bahawa anda ingin bekerja di luar talian. Apabila anda pilih opsyen itu, pelayar akan memaparkan salinan halaman Web bersama dengan maklumat yang anda perlukan.

Ingat, halaman Web ini hanya salinan versi halaman Web dari kali terakhir anda mengakses halaman Web itu. Jika halaman utama telah ditukar atau maklumat di halaman itu telah diubah, anda tidak akan melihat perubahan itu pada salinan luar talian anda kecuali jika anda mengakses halaman Web dalam talian anda semula.


No comments:

Post a Comment