Wednesday, July 21, 2010

Topic 1: World Wide Web

WORLD WIDE WEB

Jaringan Sejagat (World Wide Web), juga dikenali sebagai WWW atau web, ialah sebuah sistem jaringan dokumen hiperteks yang boleh diakses melalui Internet. Seseorang perlu menggunakan pelayar web untuk "meluncuri" Jaringan Sejagat. Dokumen dalam Jaringan Sejagat dikenali sebagai laman web, dan dikumpulkan dalam satu kawasan yang dikenali sebagai tapak web. Sesebuah laman web boleh mengandungi teks, imej, video, dan pautan kepada laman lain. Jaringan Sejagat dicipta oleh Tim Berners-Lee, seorang penyelidik di CERN, pada tahun 1989.

TCP/IP
Dalam mengatur integrasi dan komunikasi jaringan komputer ini digunakan protokol iaitu TCP/IP. TCP (Transmission Control Protocol) bertugas memastikan bahawa semua hubungan bekerja dengan benar, sedangkan IP (Internet Protocol) yang mentransmisikan data dari satu komputer ke komputer lain. TCP/IP secara umum berfungsi memilih jalan terbaik transmisi data, memilih jalan alternatif jika suatu jalan tidak dapat di gunakan, mengatur dan mengirimkan paket-paket pengiriman data.

Dalam mengatur integrasi dan komunikasi jaringan komputer ini digunakan protokol aitu TCP/IP. TCP (Transmission Control Protocol) bertugas memastikan bahawa semua hubungan bekerja dengan benar, sedangkan IP (Internet Protocol) yang mentransmisikan data dari satu komputer ke komputer lain. TPC/IP secara umum berfungsi memilih jalan terbaik transmisi data, memilih jalan alternatif jika suatu jalan tidak dapat di gunakan, mengatur dan mengirimkan paket-paket pengiriman data.

BAHASA HTML

HTML atau HyperText Markup Language merupakan protokol yang digunakan untuk memindahkan data atau dokumen dari web server ke dalam browser (Internet Explorer atau Netscape Navigator). Erti kata lain dari HTML ialah bahasa markup atau bahasa yang digunakan untuk menulis halaman web.

Konsep HTML
- Suatu bentuk dokumen ASCII atau teks biasa
- Penulisan tanpa tergantung pada suatu platform tertentu
- Isi dokumen HTML dapat ditampilkan secara teks mahupun grafik
- Diperlukan suatu aplikasi khusus yang disebut Web browser

URL

URL atau nama penuhnya Uniform Resource Locator ("Penempat Sumber Seragam") ialah sepotong teks yang digunakan sebagai pengenal pasti bagi mana-mana sumber elektronik (dokumen, media dan sebagainya) yang boleh dicapai melalui rangkaian. Teks ini dihasilkan menggunakan sintaks seragam. Idea URL dicetuskan oleh Tim Berners-Lee sebagai teks pendek yang digunakan dalam pembinaan hiperpautan, iaitu sebagaian daripada ciri hiperteks yang beliau sedang hasilkan ketika itu. URL kemudiannya dipiawaikan dengan kerjasama Internet Engineering Task Force dan menjadi sebagaian daripada infrastuktur Jaringan Sejagat.
Sebagai contoh, URL bagi Kolej Komuniti Kuala Langat ialah http://www.kkkla.edu.my
URL boleh ditaip oleh pengguna pada pelayar web untuk mendapatkan sumber yang diingini melalui rangkaian.

HTTP

HTTP (singkatan bagi Hypertext Transfer Protocol, Protokol Pemindahan Hiperteks) ialah suatu protokol perisian yang digunakan untuk memindahkan maklumat melalui Jaringan Sejagat dan intranet.

No comments:

Post a Comment