Monday, October 29, 2012

C9 TEKNIK MEMBINA DOKUMEN TEKNIKAL


Kaedah menulis dokumen teknikal bermula daripada Dokumen Pernyataan Keperluan dan Spesifikasi Perisian, diikuti Dokumen Rekabentuk Perisian, Dokumen Implementasi dan diakhiri dengan Dokumen Pengujian Perisian.




a) Dokumen Pernyataan Keperluan dan Spesifikasi Perisian


Setelah sesuatu projek yang bersesuaian berjaya dipilih, dapatkan keperluan daripada sumber sebenar dan sekunder.


1) Sumber sebenar adalah daripada mereka yang berkepentingan kepada perisian, pakar domain (sistem pakar), persekitaran operasian, dan organisasi jika sistem ini akan mengambilalih sistem sedia ada.

2) Sumber sekunder merujuk kepada dokumen yang telah tersedia tanpa bertemu dengan sumber asal. Contoh : jika anda ingin membangunkan sistem menentukan penyakit padi, maka sumber sekunder merujuk kepada buku berkenaan padi.







Spesifikasi Perisian merujuk kepada servis yang akan disediakan untuk sistem seperti :


1) medium yang sesuai untuk sesebuah sistem dapat beroperasi

2) servis sistem dan kekangan dengan terperinci





b) Dokumen Rekabentuk Perisian,

 


c) Dokumen Implementasi



Dokumen Implementasi merujuk kepada perlaksanaan perisian. Tiga aspek yang boleh dipertimbangkan bagi mewakili perlaksanaan implementasi iaitu

1. kod sumber perisian – iaitu aturcara dan pseudo-kod.

2. langkah-langkah installasi – termasuk langkah-langkah yang diperlukan untuk mengkonfigurasikan perisian.

3. perlaksanaan dan penggunaan – menyediakan panduan pengguna yang meliputi antaramuka dan label, arahan penggunaan yang menjelaskan bagaimana untuk menggunakan sistem dan mesej aplikasi iaitu mesej ralat dan amaran yang mungkin akan berlaku.





d) Dokumen Pengujian Perisian



Dokumen Pengujian Perisian bertujuan untuk menunjukkan bukti apakah pengujian yang telah diliputi oleh sistem ini. Dokumen ini merupakan dokumen terakhir untuk :

1. mengesahkan bahawa komponen berfungsi dengan betul berdasarkan jenis input seperti yang dinyatakan dalam rekabentuk komponen.

2. dilaksanakan untuk mengesahkan komponen sistem bekerjasama seperti yang dijelaskan dalam spesifikasi sistem dan rekabentuk aturcara.

3. memastikan sistem mempunyai fungsi seperti mana yang dijelaskan dalam spesifikasi keperluan.

4. memastikan keperluan bukan fungsian sistem dipenuhi.

5. memastikan sistem bertugas sperti mana jangkaan pelanggan.



Sekiranya pengujian dilaksanakan, perkara-perkara berikut perlu didokumenkan :

1. Senarai komponen-komponen yang telah diuji.

2. Senarai input-input yang digunakan.

3. Sekiranya komponen tidak berfungsi seperti yang dinyatakan di dalam rekabentuk komponen, nyatakan sebabnya.

4. Nyatakan juga paras pengujian yang tidak diliputi, nyatakan sebabnya.

No comments:

Post a Comment