Wednesday, August 18, 2010

Topik 5: Microsoft Internet Explorer ( Cetak & Menyimpan Laman Web)



Mencetak Halaman Web

Internet Explorer membenarkan anda mencetak halaman Web dengan beberapa cara. Anda boleh cetak seluruh halaman Web atau item terpilih. Anda juga boleh mencetak bingkai dan dokumen yang berpautan atau anda boleh mencetak jadual pautan (opsyen ini tidak dijelaskan secara terperinci dalam bab ini).

Apabila anda mencetak seluruh halaman Web, anda boleh paparkan menu File dan selepas itu klik Print untuk menunjukkan kotak dialog Print (seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi berikut). Atau anda boleh klik bebutang Print pada bar alat.


Secara lalai, Internet Explorer tidak akan mencetak latar belakang halaman Web. Latar belakang halaman Web adalah warna, tekstur atau gambar yang muncul di belakang teks dan grafik pada halaman Web. Mencetak latar belakang halaman Web akan membuang masa dan dakwat pencetak anda dan juga akan menghasilkan bahan yang sukar dibaca. Jika anda ingin cetak latar belakang, anda perlu paparkan menu Alat, klik Internet Options, klik tab Advanced, tandakan kotak semak Print Background Colors And Images dan klik OK.

Penting

Komputer anda mesti dipasangkan kepada pencetak untuk menyelesaikan latihan dalam bahagian ini. Sebagai tambahan, anda juga perlu pastikan pencetak anda telah dihidupkan.



Awas dengan Hak Cipta

Kawalan hak cipta dalam Internet adalah isu yang sukar. Untuk selamat, anggap bahawa semua bahan yang terdapat di Internet mempunyai hak cipta. Ini bermakna anda boleh mencetak bahan untuk kegunaan peribadi tetapi anda tidak boleh menggunakannya semula atau mengedarkan bahan itu tanpa kebenaran. Jika anda ingin guna semula bahan seperti gambar daripada halaman Web Lakewood Mountains Resort, dapatkan kebenaran daripada Webmaster atau hubungi orang yang disenaraikan di dalam halaman itu.

Ada kalanya anda akan menjumpai laman yang menawarkan penggunaan percuma grafik dan bahan lain. Sebagai contoh, ada beberapa laman yang menyediakan ikon, reka bentuk latar dan bulet tersuai untuk digunakan tanpa sebarang kebenaran. Dalam keadaan sedemikian, anda boleh membuat salinan dan menggunakan bahan yang telah dijumpai.


Cetak Halaman Web

Dalam latihan ini, anda akan cetak laman rumah Microsoft.com.
1 Jika perlu, mulakan Internet Explorer.
2 Pada bar Address, taipkan microsoft.com, dan tekan Enter.
3 Laman Microsoft.com akan muncul.
4 Pada menu File, klik Print.
5 Kotak dialog Print akan muncul.
6 Dalam bahagian Page Range, pilih halamannya dan klik bebutang OK.
7 Muka pertama halaman Rumah Microsoft.com telah dicetak.

Cetak item terpilih

Dalam latihan ini, anda cetak hanya perenggan pertama daripada laman rumah Microsoft Press.
1 Dalam bar Address, taip microsoft.com/mspress, dan tekan Enter.
2 Pilih perenggan pertama teks pada bahagian atas halaman itu.
3 Pada menu File, klik Print.
4 Kotak dialog Print akan muncul.
5 Dalam bahagian Print Range, klik pada opsyen Selection.
6 Klik OK.
Teks yang dipilih dicetak.
7 Klik mana-mana di halaman Web untuk menyahpilih teks itu.

Menyimpan Halaman Web

Satu halaman Web mengandungi tag pemformatan Hypertext Markup Language (HTML), grafik dan fail multimedia. Tag pemformatan HTML digunakan untuk memformat teks, memanipulasikan grafik, menambah warna latar belakang dan menyuaikan halaman Web. Satu halaman Web boleh mengandungi beberapa fail terbenam (setiap grafik pada halaman Web adalah fail berasingan yang berpaut pada dokumen teks halaman Web itu). Anda boleh memilih untuk menyimpan halaman Web dengan empat kaedah:

• Simpan halaman Web yang lengkap. (Ini akan menyimpan fail HTML dan semua fail tambahan seperti imej yang terbenam dalam halaman Web.)
• Simpan arkib satu halaman Web. (Ini akan menyimpan seluruh halaman Web sebagai satu fail yang tidak boleh diedit.)
• Hanya simpan dokumen HTML. (Ini akan menyimpan tag pemformatan HTML tetapi tidak menyimpan fail yang terbenam.)
• Hanya simpan teks yang muncul pada halaman Web.

Apabila anda menyimpan halaman Web yang lengkap, Internet Explorer secara automatik akan menghasilkan folder dengan nama yang sama dengan fail yang disimpan itu. Folder ini juga akan ditempatkan di lokasi yang sama dengan fail yang disimpan. Apabila anda membuka halaman Web tersebut, Internet Explorer akan buka dan semua elemen akan muncul dalam halaman Web, seolah-olah anda melihat halaman itu ketika dalam talian.

Apabila anda menyimpan halaman Web sebagai fail arkib, anda akan menyimpan keseluruhan fail tanpa mencipta folder berasingan untuk meletakkan elemen terbenam halaman Web itu. Anda boleh membuka fail arkib untuk melihat seluruh halaman Web pada pemacu cakera keras anda tetapi tidak boleh mengubah halaman Web itu dalam apa cara dan tidak dapat mengakses komponen berasingan seperti fail grafik halaman Web yang disimpan itu. Walaupun fail arkib merupakan fail tunggal, ia akan mengambil ruangan lebih pada komputer anda berbanding halaman Web yang disimpan sebagai halaman Web lengkap.

Apabila anda menyimpan fail HTML, anda akan tinggalkan fail grafik dan elemen terbenam yang lain. Anda boleh membaca teks berformat tetapi tidak berupaya untuk lihat fail grafik kerana ia tidak disimpan dalam pemacu cakera keras anda.
Akhirnya, apabila anda menyimpan halaman Web sebagai fail teks, anda hanya menyimpan teks yang terpapar pada halaman itu tanpa sebarang tag HTML. Teks disimpan tidak termasuk sebarang pemformatan, grafik atau elemen halaman yang lain.
Penting
Jika anda menyimpan halaman Web yang mempunyai rangka, anda perlu menyimpan dokumen itu sebagai halaman Web yang lengkap. Opsyen penyimpanan yang lain tidak berfungsi dengan halaman Web yang mempunyai rangka.

Menyimpan halaman Web yang lengkap

Untuk menyimpan halaman rumah Internet Explorer sebagai halaman Web yang lengkap, ikut langkah ini:
1 Jika perlu, mulakan Internet Explorer.
2 Taip microsoft.com/windows/ie pada bar Address dan tekan Enter.
3 Pada menu File, klik Save As.
4 Kotak dialog Save Web Page muncul.
5 Jika perlu, klik anak panah ke bawah Save In dan klik Desktop.
6 Dalam kotak teks File Name, pilih nama fail semasa dan taipkan Halaman Web Lengkap.
7 Dokumen yang anda simpan akan diberi nama Halaman Web Lengkap.
8 Jika perlu, klik bebutang anak panah ke bawah untuk Save As Type, klik Web Page, Complete (*.htm,*.html), dan klik Save.

Bar kemajuan menunjukkan kemajuan operasi semasa elemen halaman itu disimpan. Dokumen dan folder disimpan pada desktop.

Hanya simpan fail HTML suatu halaman Web
Untuk simpan halaman rumah Microsoft Word sebagai fail HTML, ikut langkah ini:
1 Taipkan microsoft.com/office/word pada bar Address dan tekan Enter.
2 Pada menu File, klik Save As.
3 Kotak dialog Save Web Page akan muncul.
4 Jika perlu, klik anak panah ke bawah Save In, dan klik Desktop.
5 Dalam kotak teks File Name, taip HTML Sahaja.
6 Klik anak panah ke bawah Save As Type, klik Web Page, HTML Only (*.htm,*.html), dan klik Save.

Bar kemajuan menunjukkan kemajuan operasi ketika elemen halaman disimpan. Dokumen disimpan pada desktop anda sebagai fail HTML.

Simpan halaman Web sebagai fail teks

Untuk simpan laman Microsoft Excel sebagai fail teks, ikut langkah ini:.
1 Taipkan microsoft.com/office/excel dalam bar Address dan tekan Enter.
2 Pada menu File, klik Save As.
3 Kotak dialog Save Web Page akan muncul.
4 Jika perlu, klik anak panah ke bawah Save In, dan klik Desktop.
5 Pada kotak teks File Name, taipkan Fail Teks.
6 Klik anak panah ke bawah Save As, klik Text File (*.txt), dan klik Save.
Bar kemajuan menunjukkan perkembangan operasi ketika elemen halaman sedang disimpan. Dokumen disimpan sebagai fail teks, tanpa pemformatan HTML.
7 Klik bebutang Close di bahagian atas sudut kanan tetingkap Internet Explorer dan minimumkan mana-mana tetingkap yang terbuka untuk paparkan desktop anda.

Anda boleh klik hiperpautan pada halaman Web yang disimpan dengan lengkap atau diarkibkan untuk akses halaman Web yang berpautan dalam Internet.

No comments:

Post a Comment