Monday, January 31, 2011

UNIT 7: KEMAHIRAN MENDENGAR

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :
Memahami kaedah untuk menjadi seorang pendengar yang aktif

OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
  • Memahami ciri-ciri pendengar aktif
  • Memahami ciri-ciri pendengar yang tidak aktif
  • persekitaran mendengar
  • Menyenaraikan kepentingan mendengar dengan aktif

7.0 DEFINISI MENDENGAR

Menerima mesej/mendengar mesej yang disampaikan oleh penyampai dan memahaminya.
Menurut kajian , 45% dari masa berkomunikasi pengurus adalah masa untuk mendengar, 30% untuk bercakap, 16% untuk menulis dan 9% untuk membaca. Ini menunjukkan bahawa mendengar adalah satu bahagian yang amat penting dalam kehidupan. Pendengar yang berkesan, harus mempunyai kemahiran mendengar baik, sabar dan memberi tumpuan yang penuh.Pendengar yang berkesan biasanya memerlukan keupayaan fizikal, mental adan afektif.

7.1 PERSEKITARAN MENDENGAR

Proses mendengar berlaku dalam pelbagai persekitaran. Terdapat dua jenis persekitaran iaitu persekitaran psikologi dan persekitaran fizikal.

a. Persekitaran psikologi

i. Pengalaman yang lepas akan mempengaruhi anda semasa mendengar termasuk ingatan, nilai dan kepercayaan. Contohnya pengalaman pahit bersama rakan menyebabkan anda membentuk satu set fikiran yang tertutup dan negatif
ii. Sistem nilai yang terbentuk dalam diri sejak dilahirkan akan mempengaruhi keberkesanan seseorang mendengar. Seseorang sangat menyenangi apa yang ia suka dengar.
iii. Tahap pendidikan seseorang juga memainkan peranan untuk menjadi pendengar yang aktif. Dua orang yang setaraf pendidikannya mudah menjadi pendengar yang aktif. Contohnya diantara dua orang pensyarah, tahap mendengar dengan aktif adalah tinggi. Begitulah juga antara dua orang yang setara jawatannya seperti pengurus dengan pengurus.
iv. Set psikologi juga memberi kesan kepada pendengar. Tentu susah untuk mendengar dengan berkesan terhadap percakapan seorang musuh . Ini berlaku kerana masing-masing mempunyai pelbagai tanggapan negatif.

b. Persekitaran Fizikal

i. Kemampuan fizikal yang baik (tidak pekak)
ii. Faktur umur. Orang muda perlu mendengar
pandangan orang yang lebih tua. Begitulah
di antara abang dan adik.
iii. Tempat yang kondusif. Tidak bising.
iv. Masa yang cukup dan tidak tergesa-gesa
v. Sebutan dan nada suara yang jelas.

7.1 GAYA MENDENGAR

Gaya mendengar dapat dijelaskan dengan melihat bagaimana seseorang yang sedang mendengar itu bertingkah laku. Contohnya seorang yang mendengar dengan aktif akan meletakkan tangannya di atas meja ketika mendengar dengan aktif.


Rajah 7.1


Seorang yang sedang berkomunikasi menggunakan talipon bimbit didapati akan melekapkan talefon bimbit rapat ke telinganya.


Rajah 7.2

Pelajar yang mengikuti kuliah memberi perhatian dengan gaya menfokus kepada pensyarah. Pelajar didapati duduk dengan khusyuk dan memandang tepat kepada pensyarah.


Rajah 7.3



7.2 PANDUAN MENDENGAR DENGAN AKTIF
o Bertanyalah soalan jika pendengar berasa kurang faham.
o Memberikan respon yang minima
o Pendengar berada dalam keadaan diam
o Pendengar boleh membuat rumusan secara keseluruhan (rumusan besar) atau rumusan sebahagian perbualan (rumusan kecil).
o Pendengar boleh meminta agar diulang semula kenyataan yang kurang difahaminya

7.3 KEBAIKAN MENDENGAR DENGAN AKTIF

Apabila kita mendengar dengan aktif bermakna kita cuba memahami apa yang dinyatakan oleh rakan kita. Kita juga memberi tindak balas yang sesuai untuk menggalakkan rakan kita terus bercakap.

a. Rakan yang bercakap dengan kita akan berasa dihargai, rasa selesa, selamat, bertanggungjawab .
b. Apabila kita menggalakkan rakan kita bercakap, kita memberinya peluang meluahkan perasaan atau isi hatinya. Keadaan ini membantunya memahami diri dengan lebih mendalam. Kefahaman tentang diri boleh membantu rakan kita berfikir dengan cara lebih rasional.
c. Apa yang diucapkan oleh rakan kita akan memperkayakan maklumat kepada kita sebagai pendengar.
d. Orang yang bercakap dan yang mendengar, kedua-duanya dapat berkongsi pengalaman, ide, maklumat dan perasaan.

No comments:

Post a Comment