Saturday, October 6, 2012

Teknik memilih template dokumen teknikal


C1       Teknik memilih template dokumen teknikal


Format Laporan

i.        Abstrak
Kandungan abstrak perlu menggambarkan keseluruhan projek yang biasanya mengandungi pengenalan ringkas, masalah yang ingin diselesaikan, penyelesaian masalah dan hasil analisa. Bilangan  perenggan yang digunakan adalah SATU sahaja dan jumlah perkataan tidak lebih dari 350 patah perkataan.

ii.      Jadual Kandungan
Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan berserta muka surat.

iii.    Pengenalan
Menerangkan tentang pengenalan (berkaitan dengan tajuk kajian), matlamat, objektif, skop projek serta latarbelakang masalah secara umum dan kepentingan projek/kajian. Ia turut melaporkan perancangan serta hasil secara menyeluruh bagi kajian yang telah dilaksanakan.

iv.    Perancangan kerja
Melaporkan pendekatan dan rangka kerja secara menyeluruh yang diambil dalam pembangunan sistem. Perancangan kerja perlu mempunyai penerangan lengkap berkaitan dengan tugas setiap ahli kumpulan, carta organisasi beserta dengan perancangan kerja dalam bentuk Carta Gantt.

v.      Analisis dan rekabentuk
-          Penyelesaian pembangunan sistem secara manual
-          Rekabentuk antara muka
-          Carta alir sistem
-           
vi.    Pengujian dan penilaian sistem
Hasil perlaksanaan kajian dinyatakan dengan terperinci dan sistematik. Jenis dan teknik pengujian serta hasil pengujian perlu dinyatakan. Anda perlu melaporkan jika terdapat modul yang tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

vii.  Kesimpulan
Merumuskan secara keseluruhan projek yang telah dilaksanakan, hasil dan pencapaian projek yang telah perolehi. 

viii.Lampiran
-          Panduan Pengguna

No comments:

Post a Comment