Monday, January 31, 2011

UNIT 2: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI II



OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :
Memahami faktor yang menghalang komunikasi dan tahu cara mengatasi halangan komunikasi

OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
  • Menjelaskan halangan komunikasi
  • Menerangkan bahawa halangan komunikasi menyebabkan komunikasi tidak berkesan
  • Menyenaraikan jenis-jenis halangan dalam komunikasi
  • Melalkukan aktiviti Berkomunikasi dengan berkesan


2.1 FAKTOR YANG MENGHALANG KOMUNIKASI

Halangan komunikasi menyebabkan mesej tidak dapat disampaikan dengan jelas. Antara faktor yang menghalang komunikasi adalah seperti berikut;

a. Struktur Organisasi
Semakin jauh jarak tahap jawatan antara penghantar dan penerima mesej, maka semakin susah untuk berkomunikasi dengan berkesan.

b. Kepakaran yang berbeza
Penghantar dan penerima mesej yang mempunyai kepakaran yang berbeza mungkin menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan berkesan.

c. Objektif yang berbeza
Objektif yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej akan menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi

d. Status
Status adalah tahap seseorang dalam sesuatu kumpulan . Status yang berbeza boleh menyebabkan komunikasi kurang berkesan kerana:
• Pengurus berkuasa dan hanya memilih apa yang ia suka dengar.
• Pengurus boleh mempengaruhi pekerja untuk menyatakan sesuatu yang ia suka dengar.
• Penyalahgunaan maklumat oleh pengurus untuk mencapai cita-citanya.
• Pengurus mungkin memikirkan maklumatnya jelas dan berkesan sedangkan hakikatnya adalah berbeza.

e. Andaian yang salah
Kadang-kala apa yang dimaksudkan oleh penghantar telah “disalah faham ’’ oleh penerima mesej.
• Semantik
Semantik ialah cara perkataan digunakan dan makna yang dimaksudkan. Kadang-kala semantik menimbulkan masalah dalam komunikasi. Ada satu perkataan tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya;
Orang Semenanjung : Belon bermakna belon getah berisi udara
Orang Serawak : Belon bermakna kapal terbang
• Emosi
Emosi penghantar dan penerima kadang-kadang mempengaruhi makna maklumat yang dihantar dan diterima.
Contohnya dalam situasi suka dan duka, tenang dan sibuk, marah dan ceria.

f. Kemahiran Komunikasi
Kemampuan berkomunikasi , personaliti dan keyakinan mempengaruhi keberkesanan komunikasi.

Apakah yang anda lihat ?

2.2 CARA-CARA MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI

a Pengaliran maklumat yang ditapis
Hanya maklumat yang terpenting perlu di sampaikan. Maklumat yang tidak penting boleh diabaikan.

b. Galakkan maklumbalas
Pastikan setiap maklumat yang disampaikan dapat difahami. Maklumbalas boleh didapati dalam bentuk lisan dan bukan lisan.

c. Maklumat yang jelas dan mudah
Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pendengar.

d. Mendengar secara aktif
Jadilah pendengar yang baik dengan memberi sepenuh perhatian

e. Elakkan terlalu emosional
Dalam proses komunikasi elakkan dari terlalu sentimental. Lebih bersikap rasional. Gunakan bahasa badan atau isyarat.

2.3 PANDUAN UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN

a. Menjelaskan idea sebelum berkomunikasi.
Analisa masalah dan perjelaskan dalam fikiran anda sebelum menghantar maklumat. Rancanglah maklumat yang hendak dihantar. Perancangan yang yang baik ialah dengan mengambil kira objektif dan sikap penerima.

b. Periksa tujuan sebenar komunikasi
Sebelum anda menghantar maklumat, tanyalah diri anda apa sebenarnya yang anda hendak sampaikan. Putuskan samaada ingin mendapat maklumat, membuat keputusan, mendesak orang lain untuk mengambil tindakan.

c. Pilih tempat yang sesuai untuk berkomunikasi
Pastikan tempat itu selesa dan jauh daripada ganguan orang lain

d. Minta pendapat orang lain
Ada masanya orang yang lain dapat memberi cadangan yang
mana anda sendiri tidak terfikir

e. Berhati-hati tentang bahasa badan
Nada suara, memek muka, sahsiah anda serta keadaan sekeliling boleh mempengaruhi pendengar

f. Bantu pendengar tersebut
Apabila berkomunikasi, ambil kira tentang minat dan keperluan pendengar. Dengan ini maklumat yang disampaikan akan menjadi lebih jelas. Komunikasi yang bekesan boleh berlaku jika pengucap berusaha untuk melihat sesuatu maklumat itu dari segi pandangan pendengar.

g. Dapatkan maklumbalas tentang maklumat yang disampaikan
Ini bertujuan untuk mengetahui samaada maklumat boleh difahami atau tidak.
h. Pastikan apa yang anda tuturkan di praktikkan.


No comments:

Post a Comment