Wednesday, August 18, 2010

Mencipta Senarai Kegemaran

Mencipta Senarai Kegemaran

Senarai Favourites ialah menu ciptaan anda yang mengandungi koleksi pintasan ke halaman-halaman Web. Senarai Favourites anda mengandungi sekurang-kurangnya lima folder (anda mungkin mempunyai folder-folder Favourites tambahan jika anda menciptanya dalam versi Internet Explorer atau Microsoft Windows® sebelum ini): Channels (folder ini mengandungi channels atau laman-laman Web yang direka untuk menghantarkan maklumat disuaikan ke komputer anda berdasarkan jadual dikemas kini), Imported Bookmarks (folder ini mengandungi penanda yang mungkin dicipta dalam pelayar lain sebelum anda memasang Internet Explorer 5), Links, Media dan Software updates.

Senarai Favourites anda boleh menyimpan pautan ke mana-mana halaman Web yang anda pilih. Cara paling mudah menambah pautan ialah dengan memaparkan halaman Web di dalam pelayar anda dan kemudian tambah halaman itu ke senarai Favourites anda.

Di samping meletakkan pautan halaman Web di dalam senarai Favourites, anda boleh tambah pautan ke sumber-sumber setempat (seperti pemacu cakera keras atau fail dan folder-folder yang sering anda capai). Menambah sumber setempat kepada senarai Favourites membolehkan anda memaparkan sumber tersebut dengan cepat dengan mengklik pautan Favourites. Untuk melihat kandungan senarai Favourites anda, klik bebutang Favourites pada bar alat. Bar Favourites dipaparkan dalam anak tetingkap kiri tetingkap Internet Explorer.
Tambahkan halaman Web semasa kepada senarai Favourites anda

Dalam latihan ini, anda tambahkan laman web Microsoft kepada senarai Favourites anda.

Tayang slaid 02 Mencari Maklumat 8-9, Tambahkan Halaman Web kepada Senarai Favourites Anda.

1 Klik di dalam bar Address, taip Microsoft.com dan tekan Enter.

Laman web Microsoft dipaparkan.

2 Pada bar alat, klik bebutang Favourites.

Bar Favourites dipaparkan.

3 Pada bar Favourites, klik bebutang Add.

Kotak dialog Add Favourites muncul seperti dalam ilustrasi berikut.



petua
Anda juga boleh guna bar menu untuk menambah kegemaran kepada senarai Favourites anda. Paparkan halaman Web. Pada menu Favourites, klik Add To Favourites dan klik OK.


4 Dalam kotak dialog Add Favourites, klik OK.

Kini Laman Rumah Microsoft termasuk dalam senarai Favourites seperti ilustrasi pada halaman berikut.



5 Pada bar alat, klik bebutang Favourites.

Bar Favourites tutup.
Tambah desktop anda kepada senarai Favourites anda

Dalam latihan ini, anda tambah desktop anda kepada senarai Favourites anda.

1 Klik di dalam bar Address, taip desktop dan tekan Enter.

Kandungan desktop anda muncul.

2 Pada menu Favourites, klik Add To Favourites.

Kotak dialog Add Favourite dipaparkan.

3 Dalam kotak dialog Add Favourites, klik OK.

Desktop ditambah kepada senarai Favourites anda.

4 Klik bebutang Back untuk kembali ke halaman Web yang dipaparkan sebelum ini.

Apabila anda klik pautan Favourites dengan menggunakan menu Start, Internet Explorer akan membuka dan memaparkan halaman Web terpilih.

5 Pada bar alat, klik bebutang Favourites.

Bar Favourites dipaparkan Perhatikan bahawa pautan ke desktop anda kini termasuk dalam senarai Favourites anda.


6 Pada bar alat, klik bebutang Favourites.

Bar Favourites tutup.
Menggunakan Folder History

Anda baru saja selesai melayari Internet selama enam jam untuk mencari maklumat tentang projek anda untuk Lakewood Mountains Resort. Anda sedar terlalu lambat yang anda terlupa menambah beberapa laman berguna kepada senarai Favourites. Anda mengeluh memikirkan cara untuk jejak semula langkah-langkah anda sebelum ini. Anda bernasib baik rakan anda lalu di situ dan ternampak kekecewaan anda. Semasa memberitahunya bahawa anda tidak akan dapat mencari semula laman tersebut, rakan anda bertanya sekiranya anda telah menyemak folder History.



Internet Explorer merekodkan sejarah setiap sesi pelayaran Internet anda secara automatik. Rekod ini berada dalam folder History anda yang mengandungi pautan kepada setiap laman web yang anda lawat di Internet. Folder History anda juga menyimpan fakta lain seperti hari anda melawat setiap halaman Web tersebut.

Untuk melihat kandungan folder History, klik bebutang History pada bar alat. Bar History muncul di sebelah kiri dan mempunyai sifat gelintar yang membolehkan anda menaipkan kata gelintar untuk mencari laman web yang telah anda lawat.


Anda boleh tentukan berapa lama Internet Explorer menyimpan item-item dalam folder History anda. Secara lalai, folder History menyimpan pautan ke semua laman web yang telah dilawat dalam tempoh 20 hari terakhir. Sesuatu item itu akan dihapuskan selepas disimpan selama 20 hari. Untuk kawalan lebih berkesan, anda boleh hapuskan semua pautan yang disimpan dalam folder History secara manual. Menghapuskan semua pautan dalam folder History anda dirujuk oleh Microsoft sebagai membuang sejarah anda.
Melihat sejarah anda

Latihan ini menganggap bahawa anda telah pun melawat laman Web Lakewood Mountains Resort pada hari ini.

Anda boleh melihat sejarah penjelajahan Internet anda dengan hanya mengklik satu bebutang. Dalam latihan ini, anda melihat kandungan folder History anda.

1 Pada bar alat, klik bebutang History.

Bar History muncul.

2 Pada bar History, klik bebutang Search.

Kotak teks Search For muncul.

3 Dalam kotak teks Search For, taip lakewood dan klik Search Now.

Senarai laman web yang mengandungi perkataan lakewood muncul.

Klik satu folder untuk membuka senarai pautan dan kemudian klik satu pautan untuk melihat halaman Web yang telah dilawat baru-baru ini.

4 Klik bebutang View.

Senarai juntai bawah muncul.

5 Klik opsyen By Date.

Senarai folder laman Web yang anda lawat hari ini muncul.

6 Pada bar alat, klik bebutang History.

Bar History tutup.
Mengkonfigurasi seting sejarah anda

Tayang slaid 02 Mencari Maklumat 11, Mengkonfigurasi dan Memadamkan Seting
History Anda.


Anda boleh ubah jangka masa Internet Explorer menyimpan maklumat sejarah anda. Dalam latihan ini, anda mengkonfigurasi seting folder History anda.

1 Pada menu Alat, klik Internet Options.

Kotak dialog Internet Options dipaparkan seperti ilustrasi berikut.

2 Pada tab General dalam bahagian History, dwiklik nombor di dalam kotak teks Days To Keep Pages In History.

Nombor di dalam kotak teks dipilih.

3 Taip 30.

Seting diubah ke 30 hari.

4 Dalam kotak teks, hapuskan 30, taip 20 dan klik OK.

Seting kembali ke 20 hari dan kotak dialog Internet Options tutup.
Membuang folder History anda

Anda boleh kosongkan atau “buang” folder History anda secara manual. Dalam latihan ini, anda buang semua kandungan folder History anda.

1 Pada menu Tools, klik Internet Options.

Kotak dialog Internet Options dipaparkan.

2 Pada tab General dalam bahagian History, klik bebutang Clear History.

Kotak mesej muncul dan bertanya sekiranya anda mahu hapuskan semua item di dalam folder History anda.

3 Klik OK.

Kandungan folder History anda dihapuskan.

4 Klik OK.

Kotak dialog Internet Options tutup.

5 Pada bar alat, klik bebutang History.

Bar History tidak lagi memaparkan senarai pautan.

6 Klik bebutang History sekali lagi.

Bar History tutup.

No comments:

Post a Comment