Monday, January 31, 2011

UNIT 4: KEMAHIRAN KERJA SEPASUKAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :
Memahami fakta dan prinsip asas kemahiran kerja sepasukan yang sesuai

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
  • Mendefinisikan konsep kerja sepasukan
  • Menerangkan kepentingan membina pasukan
  • Menjelaskan bagaimana individu bekerja dalam kumpulan
  • Menjelaskan peringkat pembinaan kumpulan
  • Menerangkan pembentukan kumpulan berkesan
4.0 Definisi Kerja Sepasukan

Proses di mana setiap individu membantu, bekerjasama di antara satu sama lain dalam usaha berkongsi matlamat dan berkomunikasi secara terbuka sesama sendiri.

4.1 Kepentingan Pembinaan Pasukan

Pembinaan Pasukan cemerlang adalah penting terhadap individu dan organisasi:

a. Individu
i. Kurang tekanan dalam aspek pekerjaan
ii. Tanggungjawab telah dikongsi bersama oleh ahli
iii. Ahli memilih tanggungjawab yang lebih khusus
iv. Penghargaan dan iktiraf dikongsi bersama
v. Ahli pasukan berkeupayaan mempengaruhi ahli lain
vi. Semua pengalaman dan pengetahuan ahli boleh dikongsi bersama

b. Pasukan
i. Hasil optima
ii. Kejelikatan (rapat dan mesra)
iii. Komunikasi berlaku secara terbuka
iv. Penglibatan yang menyeluruh
v. Pengumpulan dan manfaat sumber
vi. Peningkatan motivasi staf

4.2 Bagaimana individu boleh bekerja dalam pasukan
Untuk melibatkan individu bekerja dalam pasukan berkesan perkara berikut perlu diberi perhatian:

a. Memberi tugas yang mencabar
Untuk meningkatkan prestasi individu dalam pasukan tugas yang mencabar yang memerlukan mereka memberikan sumbangan dari segi kepakaran dan kebolehan yang optimum.

b. Menentukan pembentukan individu
Proses pembentukan individu perlu diambil perhatian melaui proses:

i. Pemilihan
Memilih individu yang mempunyai kemahiran interpersonal dan teknikal dalam menjalankan tugasnya dan berkemampuan memainkan peranan.

ii. Latihan
Latihan kepada individu dalam pasukan perlu dibuat dengan terancang. Meningkatkan kemahiran, komunikasi dan kemahiran lain yang diperlukan.

iii. Ganjaran
Sitem ganjaran akan menggalakkan persaingan sihat. promosi, kenaikan gaji, pangkat dan bentuk-bentuk pengiktirafan perlu berdasrkan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli pasukan.

4.3 Peringkat Pembinaan Pasukan

Pembinaan pasukan akan melalui pelbagai peringkat

a. Persiapan Awalan
i. Pastikan adakah pasukan diperlukan dalam menjalakan tugas
ii. Tentukanbentuk aktiviti yang perlu ada pada pasukan
iii. Menentukan matlamat pasukan

b. Tentukan Keperluan Pasukan
i. Sediakan bahan dan peralatan yang diperlukan
ii. Pastikan mempunyai tenaga kerja yang diperlukan

c. Bentuk Pasukan Kerja
i. Tentukan sempadan – siapa yang patut dan tidak patut berada dalam pasukan
ii. Dapatkan persetujuan berkaitan dengan tugas yang akan dilaksanakan
iii. Jelaskan jangkaan gelagat setiap ahli

d. Sediakan Bantuan
i. Campurtangan jika ada masalah dalam pasukan
ii. Tingkatkan peralatan dan bahan yang diperlukan
iii. Ganti ahli yang telah meninggalkan pasukan

4.4 Pembentukan Pasukan yang berkesan

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi membentuk pasukan yang berkesan ialah:
a. Kepelbagaian ahli di dalam pasukan
b. Saiz ahli pasukan tidak terlalu besar
c. Pemilihan ahli dilakukan dengan teliti
d. Memberi latihan yang berterusan
e. Menjelaskan matlamat pasukan dengan jelas
f. Sistem ganjaran yang sistematik
g. Gunakan pengukur prestasi yang sesuai
h. Menggalakan penyertaan ahli pasukan
i. Melaksanakan aktiviti pembentukan pasukan

No comments:

Post a Comment