Tuesday, August 3, 2010

Topik 3: World Wide Web (WWW)

World Wide Web (WWW atau hanya ,Web) merujuk pada kumpulan maklumat yang boleh diakses pada Internet. Maklumat berada dalam bentuk teks gambar, dan bunyi yang mana ia disusun secara logik dan disimpan dalam komputer yang dikenali sebagai pelayan Web. Web adalah perkhidmatan yang sangat popular dalam Internet. Banyak orang menggunakan istilah Web dan Internet secara sama, tetapi secara teknikalnya ia adalah dua terma yang berbeza. Internet bersambung kepada berbilang komputer dan membentuk rangkaian yang mana komputer boleh berkomunikasi dengan komputer yang lain. Walau bagaimanapun, Web adalah satu cara mengakses dan berkongsi maklumat melalui Internet dengan menggunakan penyemak imbas Web.




Imej di atas menunjukkan pelbagai komponen yang berkaitan dengan Web.

  • Penyemak imbas Web: Penyemak imbas Web adalah aturcara perisian yang membolehkan anda melihat dan berinteraksi dengan pelbagai sumber pada Web. Satu contoh penyemak imbas Web yang digunakan secara meluas adalah Microsoft® Internet Explorer yang memaparkan kedua-dua teks dan grafik. Sesetengah laman Web mungkin mengandungi kandungan dalam bentuk animasi, video atau fail audio. Untuk melihat fail ini, anda perlu atur cara tambahan yang dikenali sebagai tambahan. Tambahan adalah perisian yang menambah ciri ke penyemak imbas anda dan meningkatkan pengalaman Internet anda. Tambahan menyediakan fungsi tambahan dengan membenarkan penyemak imbas Web untuk mengakses dan menjalan fail yang dimasukkan dalam halaman Web. Sebagai contoh, Microsoft Silverlight adalah tambahan penyemak imbas yang diperlukan untuk melihat video berkualiti tinggi dengan menggunakan penyemak imbas Web.

  • Halaman Web: Laman Web adalah dokumen dalam Web. Ia adalah dokumen teks yang diformatkan yang boleh penyemak imbas Web paparkan. Kebanyakkan laman Web pada Internet membolehkan anda bergerak dengan pantas ke laman Web yang lain. anda boleh melakukannya dengan mengklik hiperpautan, yang biasanya dikenali sebagai pautan. Mengklik pautan membuka laman Web baru dalam penyemak imbas Web anda. Anda boleh mengakses laman Web sedia ada malah membuat dan menerbitkan laman Web baru dalam Web. Anda boleh membuat laman Web dengan menggunakan bahasa perisian yang dikenali sebagai Hypertext Markup Language (HTML). Penyemak imbas Web menggunakan HTML untuk memaparkan laman Web.

  • Laman Web: Laman Web adalah satu atau lebih banyak laman Web yang terdapat pada pelayan tunggal. Pelayan ini dikenali sebagai pelayan Web dan disambung kepada Internet. Laman Web pertama yang dipaparkan apabila anda mengakses laman Web dikenali sebagai laman utama. Setiap laman Web mempunyai laman utama yang unik.

1 comment:

Anonymous said...

Name: MUHAMMAD SHUKRI BIN MOHD NOR
Matric No: B02STM10F033
Class: STM1B
Email Address: mshukri55@yahoo.com

Post a Comment