Wednesday, August 18, 2010

Isu Keselamatan dan Internet

Ketika anda dan rakan-rakan di Impact Public Relations bekerja dengan pelanggan-pelanggan yang menjalankan pemasaran mereka berasaskan Web, mereka sering bertanyakan soal keselamatan. Pelanggan anda terutamanya bimbang tentang memuat turun kandungan dari Internet yang mungkin akan merosakkan data dalam komputer mereka. Lain-lain isu berhubung keselamatan yang disuarakan oleh pelanggan anda adalah termasuk mengawal capaian ke laman-laman Web yang berasaskan kandungan dan cara memindahkan maklumat peribadi (seperti maklumat kad kredit) dengan selamat dan mudah melalui Internet. Topik-topik ini adalah penting untuk kakitangan Impact Public Relations dan juga kepada pelanggan-pelanggan anda. Microsoft® Internet Explorer mengatasi isu-isu ini dengan menyediakan zon keselamatan dan kawalan terhadap kandungan Web yang sensitif (Penasihat Kandungan).

Dalam pelajaran ini, anda akan meneliti zon keselamatan Internet Explorer untuk melihat bagaimana ia membantu anda mengawasi laman-laman Web. Anda juga akan belajar langkah-langkah untuk mengaktifkan Penasihat Kandungan Internet Explorer.

Mensuaikan Seting Keselamatan Internet Explorer
Keselamatan Internet adalah satu topik hangat – dan ada sebabnya mengapa begitu. Kedua-dua pembekal kandungan Internet dan pelawat halaman Web perlu sedar tentang isu-isu keselamatan demi membantu melindungi data. Sebagai pengguna Internet, anda mahu mengelak daripada memuat turun kandungan yang boleh merosakkan data yang disimpan dalam komputer anda. Untuk membantu anda mengawal jenis-jenis kandungan yang anda muat turun dari Internet, Internet Explorer menyediakan zon keselamatan. Zon keselamatan membantu anda menerima, mengawasi dan menolak jenis kandungan tertentu yang tersimpan di dalam halaman-halaman Web.

Menggunakan zon keselamatan merupakan proses dua tingkat. Pertama, anda kelaskan halaman-halaman Web ke dalam zon-zon; kedua, gunakan aras keselamatan untuk setiap zon.
Anda boleh kelaskan sesuatu halaman itu sebagai milik zon Intranet Setempat, zon Laman Dipercayai, zon Laman Terhad atau zon Internet. Kemudian anda boleh untukkan satu aras keselamatan bagi setiap zon – Tinggi, Sederhana, Rendah atau Tersuai.

Apabila anda untukkan aras keselamatan, anda bimbang tentang jenis kandungan yang dibenarkan untuk dimuat turun daripada halaman-halaman Web. Pada amnya, aras keselamatan menentukan tindakan yang diambil oleh Internet Explorer apabila ia menemui halaman Web yang mempunyai komponen atau ciri tambahan yang boleh merosakkan data dalam komputer anda. Anda perlu ingat bahawa dengan mengatakan kandungan halaman Web “boleh merosakkan” tidak bermakna yang ia perbuatan jahat atau jenayah. Ia hanya bermaksud kandungan halaman Web tertentu sahaja seperti kawalan ActiveX (komponen-komponen kecil terbenam dalam halaman-halaman Web yang dilarikan dalam komputer anda), yang boleh mendatangkan kerosakan jika ia direka untuk berbuat demikian atau rekaannya tidak berkualiti. Menggunakan zon keselamatan untuk menghalang kandungan “yang mungkin merosakkan” daripada dimuat turun ke komputer anda hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga dan bukannya soal paranoia.

Cara setiap aras bertindak terhadap komponen halaman Web yang mungkin boleh merosakkan tertunjuk di bawah:

Keselamatan Tinggi: Internet Explorer akan menghalang kemasukan mana-mana kandungan atau proses yang mungkin berbahaya daripada dimuat turun ke komputer anda. Anda akan menerima kotak mesej menyatakan yang kandungan itu mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul disebabkan seting Keselamatan Tinggi.

Keselamatan Sederhana: Internet Explorer menyediakan kotak dialog Security Warning apabila anda melawat halaman yang cuba memuat turun kandungannya ke dalam pemacu cakera keras anda seperti ditayangkan di bawah. Anda gunakan kotak dialog ini untuk terus memuat turun kandungan tersebut.

Keselamatan Rendah: Internet Explorer mengabaikan mana-mana kandungan mungkin berbahaya dan memaparkan kandungannya. Internet Explorer tidak memberi kotak dialog yang menyatakan kewujudan data yang mungkin boleh merosakkan dalam halaman Web.
Keselamatan Tersuai: Internet Explorer membolehkan anda mentakrifkan jenis maklumat yang boleh dimuat turun. (Microsoft mengesyorkan opsyen ini kepada pengguna-pengguna mahir sahaja.)

Zon Keselamatan dan Aras Keselamatan

Zon keselamatan adalah kumpulan yang mempunyai halaman Web tertentu: Intranet Setempat, Laman Dipercayai, Laman Terhad atau Internet. Aras keselamatan menggambarkan cara untuk melayan halaman-halaman Web yang terkandung dalam sesuatu zon keselamatan – dengan langkah berjaga-jaga yang Tinggi, Sederhana, Rendah atau Tersuai.
Untuk menguruskan zon keselamatan dan aras keselamatan, anda gunakan tab Security dalam kotak dialog Internet Options seperti ilustrasi berikut.

Memaparkan zon keselamatan
Dalam latihan ini, anda semak semula zon keselamatan yang tersedia dalam Internet Explorer.
1 Mulakan Internet Explorer.
2 Pada menu Tools, klik Internet Options.
Kotak dialog Internet Options muncul.
3 Pada kotak dialog Internet Options, klik tab Security.
Zon Internet dipilih secara lalai dan aras Keselamatan Medium dipaparkan di bahagian bawah kotak dialog.
4 Klik Trusted Sites.
Tab Security menayangkan maklumat tentang zon Trusted Sites dan aras keselamatan Low dipaparkan secara lalai di bahagian bawah kotak dialog.
5 Klik Restricted Sites.
Tab Security menayangkan maklumat tentang zon Restricted Sites dan aras Keselamatan High dipaparkan secara lalai di bahagian bawah kotak dialog.
6 Klik Local Intranet.
Tab Security menayangkan maklumat tentang zon Local Intranet dan aras Keselamatan Medium dipilih secara lalai di bahagian bawah kotak dialog.
7 Klik OK.
Kotak dialog Internet Options tutup.
Mengubah aras keselamatan zon
Dalam latihan ini, anda mengkonfigurasi semula zon Internet untuk mempunyai aras keselamatan Tinggi dan kemudian mengembalikan aras keselamatan Sederhana lalai untuk zon Internet.
petua
Anda boleh cipta seting keselamatan tersuai dengan mengklik bebutang Custom Level pada tab Security. Sekiranya anda kurang arif dalam topik seperti kawalan ActiveX, Java applet, penskripan dan lain-lain proses Internet, anda harus guna aras keselamatan Tinggi, Sederhana dan Rendah dalam Internet Explorer.
1 Pada menu Tools, klik Internet Options.
2 Kotak dialog Internet Options muncul.
3 Klik tab Security.
4 Alihkan penggelongsor satu aras ke atas dan klik Apply.
Aras keselamatan untuk zon Internet diuntukkan semula daripada aras keselamatan Medium kepada aras Keselamatan High.
5 Klik OK.
Semua halaman Web yang jatuh dalam klasifikasi zon Internet akan diperlakukan dengan langkah berjaga-jaga aras keselamatan High.
6 Dalam bar Address, taip msnbc.microsoft.com dan tekan Enter.
Halaman MSNBC akan cuba membuka pada komputer anda tetapi anda terima mesej yang mengatakan seting keselamatan semasa anda menghalang kawalan ActiveX dan mungkin halaman itu tidak dapat dibuka dengan betul.
7 Klik OK.
Internet Explorer memuat turun halaman MSNBC tanpa memuat turun kandungan yang tidak selamat.
8 Pada menu Tools, klik Internet Options.
Kotak dialog Internet Options muncul.
9 Klik tab Security.
10 Klik bebutang Default Level, klik Apply dan kemudian klik OK.
Aras keselamatan zon Internet diuntukkan semula kepada Medium.
11 Pada bar alat, klik bebutang Refresh.
Internet Explorer memaparkan kotak dialog Security Warning dan memberitahu anda bahawa laman itu akan cuba muat turun kandungan ke pemacu cakera keras anda.
12 Klik Yes menandakan yang anda percaya laman ini.
Internet Explorer memuat turun kandungan MSNBC ke pemacu cakera keras anda.
Menguntukkan Halaman Web ke Zon Keselamatan
Di samping mengawal aras keselamatan bagi setiap zon keselamatan, anda boleh untukkan halaman-halaman ke zon Laman Dipercayai dan Laman Terhad. Pentadbir anda yang akan mengendalikan untukkan halaman-halaman dan sumber Web ke zon Intranet Setempat. Semua halaman-halaman Web yang lain jatuh ke dalam Zon Internet. Justeru, halaman Web di Internet akan dikenakan seting keselamatan Sederhana secara lalai. Sekiranya anda ingi menguntukkan halaman Web ke zon Laman Dipercayai atau Laman Terhad, anda perlu menambah halaman itu secara manual ke dalam zon yang sesuai.
petua
Anda tidak boleh tambah laman-laman Web ke zon Internet kerana ia mengandungi semua dokumen (selain dokumen-dokumen pada komputer anda) yang tidak dimiliki oleh zon lain. Anda harus untukkan halaman Web ke zon Laman Dipercayai apabila anda ingin menggunakan aplikasi yang kuat di laman Web tanpa diganggu oleh kotak dialog Security Warning.
Anda boleh uruskan zon Laman Dipercayai dan zon Laman Terhad dengan menambah dan mengalih keluar laman-laman daripada senarai halaman Web setiap zon.

petua
Kotak dialog Laman Dipercayai mempunyai opsyen yang memerlukan laman dipercayai untuk menggunakan protokol HTTPS. (HTTPS adalah versi protokol HTTP yang lebih selamat.) Jika anda ingin masukkan halaman Web yang tidak menggunakan protokol HTTPS ke dalam zon Laman Dipercayai, anda harus padamkan kotak semak Require Server Verification (HTTPS:) For All Sites In This Zone.
Tambah dan alih keluar halaman Web dari zon keselamatan
Dalam latihan ini, anda tambah laman Microsoft ke zon Trusted Sites. Kemudian, sebelum menutup kotak dialog Trusted Sites, alih keluar laman itu daripada zon Trusted Sites.
1 Pada menu Tools, klik Internet Options.
Kotak dialog Internet Options muncul.
2 Klik tab Security.
3 Klik Trusted Sites.
Tab Security menayangkan aras keselamatan zon Trusted Sites di bahagian bawah kotak dialog.
4 Klik bebutang Sites.
Kotak dialog Trusted Sites dipaparkan.
5 Padamkan kotak semak Require Server Verification (HTTPS:) For All Sites In This Zone.
Opsyen ditutup.
6 Dalam kotak teks Add This Web Site To The Zone, taip microsoft.com dan klik bebutang Add.
Kotak teks Web Sites menayangkan laman Microsoft disenaraikan sebagai laman dipercayai.
7 Dalam kotak teks Web Sites, pilih masukan Microsoft dan kemudian klik bebutang Remove.
Masukan laman Microsoft dihapuskan dan laman itu tidak lagi dianggap sebagai laman dipercayai.
8 Klik OK.
Kotak dialog Trusted Sites tutup.
9 Klik OK.
Kotak dialog Internet Options tutup.
Mengeset Keutamaan Penilaian Kandungan
Ada khabar angin yang mengatakan sesetengah kakitangan Impact Public Relations melayari Web untuk tujuan hiburan dan bukan untuk menyiapkan tugasan mereka. Ciri Penasihat Kandungan Internet Explorer boleh membantu anda mengawal jenis laman yang boleh dilawat di Internet oleh para pengguna.
Bersama dengan Internet Content Rating Association (ICRA) yang dikenali sebelum ini sebagai Recreational Software Advisory Council (RSACi), Microsoft menyediakan satu kaedah untuk mengehadkan jenis laman yang boleh dilihat oleh para pengguna. Pada amnya, anda boleh tentukan tahap seks, kebogelan, keganasan dan bahasa yang boleh muncul di halaman Web. Untuk menggunakan Penasihat Kandungan Internet Explorer, anda perlu capai bahagian Content Advisor dalam kotak dialog Internet Options.

Untuk memasang Content Advisor, klik bebutang Enable pada tab Content. Kemudian anda konfigurasi aras bahasa, kebogelan, seks dan keganasan yang boleh diterima pada halaman Web. Sekiranya halaman Web melebihi aras dibenarkan yang ditentukan oleh Content Advisor, halaman itu tidak akan ditayangkan. Secara lalai, Penasihat Kandungan disetkan ke seting paling konservatif (paling kurang kemungkinan menyinggung) apabila anda mula mendayakannya. Oleh itu, anda harus mengkonfigurasi seting anda secara manual untuk memenuhi keperluan anda selepas anda memasang Content Advisor.
Apabila anda mengkonfigurasi seting Content Advisor, anda menilaikan aras kandungan bahasa, kebogelan,seks dan keganasan yang boleh diterima. Julat aras adalah dari Aras 0 yang hanya membenarkan kandungan paling kurang menyinggung ke Aras 4 yang merupakan seting paling liberal.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang penilaian halaman Web, anda boleh lawat halaman Web ICRA (www.icra.org/about/) seperti ilustrasi berikut.

Untuk mengkonfigurasi aras penilaian anda, gunakan tab Ratings dalam kotak dialog Content Advisor.

Buat masa ini, penilaian halaman Web adalah secara sukarela. Pendek kata, laman Web didaftar dengan ICRA untuk mendapatkan penilaian. Bukan semua laman didaftar. Anda mesti pilih sama ada ingin penonton melihat laman-laman yang tidak dinilai.
Untuk semua tindakan Content Advisor seperti mendayakan, menyahdayakan dan mengkonfigurasi seting, anda perlu berikan kata laluan. Pastikan anda pilih kata laluan yang mudah untuk anda ingat. Jika anda lupa kata laluan anda, lawat halaman Khidmat Sokongan Produk Microsoft (www.microsoft.com/support) dan telefon nombor bersesuaian untuk dapatkan bantuan.

Dayakan Content Advisor
Dalam latihan ini, anda cipta kata laluan penyelia dan aktifkan Content Advisor Internet Explorer untuk mengehadkan kandungan yang tersedia secara automatik kepada para pengguna Web.
1 Pada menu Tools, klik Internet Options.
Kotak dialog Internet Options dipaparkan.
2 Klik tab Content.
3 Klik bebutang Enable.
Kotak dialog Create Supervisor Password muncul.
4 Masukkan kata laluan ke dalam kotak teks Password, tekan Tab, taipkan semula kata laluan di dalam kotak teks Confirm Password dan klik OK.
Kotak dialog Create Supervisor Password tutup dan kotak amaran Content Advisor muncul dan memberitahu anda yang Content Advisor telah dibuka.
5 Klik OK.
Kotak amaran Content Advisor tutup.
6 Klik OK.
Kotak dialog Internet Options tutup.
Mengkonfigurasi seting Content Advisor
Dalam latihan ini, anda ubah aras penilaian bahasa kepada Aras 1: Mild Expletives dalam kotak dialog Content Advisor.
1 Pada menu Tools, klik Internet Options.
Kotak dialog Internet Options dipaparkan.
2 Klik tab Content.
3 Klik bebutang Settings, taip kata laluan anda di dalam kotak dialog Supervisor Password Required dan klik OK.
Kategori Language pada tab Ratings dipilih secara lalai.
4 Seret penggelongsor ke tanda hash berikutnya.
Perkataan Aras 1: Mild Expletives muncul di bawah penggelongsor dan teks penerangan dipaparkan dalam ruang Description.
5 Klik Apply dan kemudian klik OK.
Seting penilaian Aras 1 digunakan pada kategori Language dan kotak dialog Content Advisor tutup.
6 Klik OK.
Kotak dialog Internet Options tutup.
Mengendalikan laman tidak dinilai
Dalam latihan ini, anda mengkonfigurasi Content Advisor supaya para pengguna boleh melihat laman-laman Web yang tidak dinilai.
1 Pada menu Tools, klik Internet Options.
Kotak dialog Internet Options dipaparkan.
2 Klik tab Content.
Tab Content dipaparkan.
3 Klik bebutang Settings, taip kata laluan anda di dalam kotak dialog Supervisor Password Required dan klik OK.
Kotak dialog Content Advisor muncul.
4 Klik tab General.
5 Dalam bahagian User Options, klik kotak semak Users Can See Sites That Have No Rating dan klik Apply.
Kini para pengguna boleh melihat laman-laman yang tidak dinilai.
6 Padamkan kotak semak yang sama dan klik Apply.
Seting lalai dikembalikan semula dan para pengguna tidak dibenarkan melihat laman-laman Web yang tidak dinilai.
7 Klik OK.
Kotak dialog Content Advisor tutup.
8 Klik OK.
Kotak dialog Internet Options tutup.
Mengubah kata laluan penyelia
Dalam latihan ini, anda gantikan kata laluan penyelia Content Advisor yang sedia ada dengan kata laluan baru.
1 Pada menu Tools, klik Internet Options.
Kotak dialog Internet Options dipaparkan.
2 Klik tab Content.
3 Klik bebutang Settings, taipkan kata laluan di dalam kotak dialog Supervisor Password Required dan klik OK.
Kotak dialog Content Advisor muncul.
4 Klik tab General.
5 Dalam bahagian Supervisor Password, klik bebutang Change Password.
Kotak dialog Change Supervisor Password muncul.
6 Di dalam kotak teks Old Password, taip kata laluan semasa dan tekan Tab.
7 Di dalam kotak teks New Password, taipkan kata laluan baru anda dan tekan Tab.
8 Di dalam kotak teks Confirm New Password, taip semula kata laluan baru anda dan klik OK.
Kotak amaran muncul menyatakan yang kata laluan telah berjaya diubah.
9 Klik OK.
Kata laluan baru telah diaktifkan dan kata laluan lama tidak lagi boleh digunakan untuk membuka Content Advisor.
10 Klik OK.
Kotak dialog Content Advisor tutup.
11 Klik OK.
Kotak dialog Internet Options tutup.
Menyahdaya Content Advisor
Dalam latihan ini, anda menyahdayakan Content Advisor.
1 Pada menu Tools, klik Internet Options.
Kotak dialog Internet Options muncul.
2 Klik tab Content.
3 Dalam bahagian Content Advisor, klik bebutang Disable.
Kotak dialog Supervisor Password Required akan prom anda untuk memasukkan kata laluan.
4 Taipkan kata laluan dan klik OK.
Kotak amaran dipaparkan dan menyatakan Content Advisor ditutup.
5 Klik OK.
Kotak mesej tutup.
6 Klik OK.
Kotak dialog Internet Options tutup.

No comments:

Post a Comment