Friday, July 2, 2010

Maksud CC dan BCC dalam email

Kita seringkali guna email, tapi sesetengah orang xsedar akan kegunaan cc dan bcc yang terdapat dalam emel. Contohnya, aku sendiri la yang selama ni xpernah tahu dan ambil tahu tentang kegunaan Cc dan Bcc ni. Cuma baru-baru ni je discover tentang maksud dan cara penggunaan benda ni selepas kena design interface emel

Cc

Cc ialah singkatan kepada Carbon Copy. Sekiranya kita memasukkan alamat email dalam ruangan Cc, salinan email tersebut akan dihantar kepada penerima. Emel atau nama penerima tersebut akan dipaparkan kepada penerima asal emel iaitu individu yang alamat emelnya diletakkan dalam ruangan Recipient/To

cc_usage

Contohnya dalam kes di sebelah ni, penerima asal emel adalah Samad tetapi Muthu juga turut menerima satu salinan emel tersebut sekiranya alamat emel Muthu diletakkan dalam ruangan Cc. Kandungan emel yang diterima oleh Samad juga terdapat nama Muthu di bahagian Cc. Samad boleh nampak dan tahu bahawa selain dirinya sendiri, Muthu juga menerima kandungan emel yang sama. Cc bertujuan untuk memaklumkan progress tetapi tiada tindakan yang perlu diambil oleh penerimanya atau dalam erti kata lain individu itu tidak terlibat secara langsung

Bc

Bcc pula adalah singkatan kepada Blind Carbon Copy di mana ia digunakan apabila kita mahu menghantar emel kepada penerima utama yang alamat emelnya diletakkan di bahagian Recipient/To tetapi tidak mahu mendedahkan nama atau alamat emel penerima lain. Di situlah terletaknya kegunaan fungsi Bcc ini di mana ia boleh menyembunyikan alamat emel daripada diketahui oleh penerima lain

bcc_usage

Seperti contoh yang terdapat di sebelah, penerima asal emel ialah Samad namun di ruangan Bcc ada diletakkan alamat emel Muthu. Ini bermakna Muthu juga menerima emel yang sama tanpa Samad mengetahuinya

Fungsi ini sesuai digunakan sekiranya anda ingin menghantar emel kepada penerima berlainan tanpa mereka mengetahui bahawa emel itu dihantar secara pukal. Di ruangan emel mereka, alamat emel penerima lain yang biasanya diletakkan di dalam ruangan Bcc tidak akan dipaparkan. Agak praktikal untuk digunakan ketika menghantar tugasan kepada pensyarah di mana alamat emel ahli kumpulan boleh dimasukkan dalam ruangan Bcc sebagai backup kepada fail yang telah dihantar


source from here

2 comments:

Anonymous said...

Nama: Nazrul Syahrin B Mohd Said.
No Matrik: B02STM10F038
Class: STM 1B
email: naz_xshock@yahoo.com

Anonymous said...

Nama: Muhammad Amirul Bin Zulfahzilah
No Matrik: B02STM10F048
Class: STM 1B
email: amirul.delta@yahoo.com

Post a Comment