Tuesday, August 3, 2010

Apakah Pelayar?

Sebuah pelayar adalah program yang memaparkan fail yang terdapat dalam format fail HTML (Hypertext Markup Language) (yang berlainan dengan fail .doc atau fail .txt yang anda lihat dalam program pemprosesan kata anda). Fail boleh berada di World Wide Web atau di komputer anda sendiri. Fail dalam format HTML selalunya digelar sebagai halaman Web kerana ia adalah halaman yang anda lihat ketika melayari Internet. Pelayar juga akan membuka halaman seterusnya apabila anda klik teks pautan pada halaman Web. Sebuah laman Web adalah koleksi halaman Web yang berkaitan.

Ketika anda memasukkan alamat Web atau mengklik hiperpautan, anda akan mencetuskan satu siri acara. Sebagai permulaan, anda maklumkan kepada pelayar dokumen mana yang anda hendak lihat. Selepas itu pelayar akan menghubungi komputer yang menyimpan dokumen itu. Selepas komputer itu dikesan, pelayar akan muat turun dokumen ke dalam komputer. Dalam erti kata yang lain, pelayar akan menyalin dan memindahkan data daripada halaman Web kepada komputer anda. Pelayar itu seterusnya akan terjemahkan data dan akan memaparkan halaman Web pada skrin anda.

Mencipta halaman Web adalah mudah sekarang. Selain program penciptaan halaman Web seperti Microsoft FrontPage®, ada banyak program lain termasuk Microsoft Word yang membenarkan anda menaip maklumat seperti menulis surat atau dokumen, menambahkan gambar dan bunyi dan seterusnya menyimpan fail dalam format HTML. Fail HTML mengandungi kod yang khas yang akan memaklumkan pelayar cara untuk memaparkan perkataan ataupun imej yang anda telah tambahkan kepada halaman itu.

Anda boleh mencipta fail HTML pada komputer anda tetapi ia tak boleh dilihat oleh orang lain kecuali jika anda letakkan halaman Web anda pada pelayan. Sebuah pelayan ialah sebarang komputer yang telah disediakan supaya pengguna lain mempunyai laluan untuk mengakses maklumat yang terdapat dalamnya. ISP anda (Pembekal Perkhidmatan Internet) akan menyelenggara pelayan dan membekalkan anda tempat untuk menyimpan halaman Web yang anda ingin orang lain lihat.


Terdapat banyak jenis – jenis Pelayar Web pada masa kini seperti Opera, Internat Explorer, Mozilla Firefox, Netscape Navigator, Ace Explorer, NetCaptor, MyIE2 Online yang mempunyai kelebihan & kelajuan tersendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Nama: wan muzhafar bin Adnan
No Matrik: b02stm10f036
Class: STM1B
Email Add: wan_16@ymail.com

Anonymous said...

Name: santhia nandakumar
Matric No:B02STM10F028
Class:STM1A
Email addres:santhia74@yahoo.com

Post a Comment