Wednesday, August 4, 2010

Konsep Email



Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.


Diagram di atas menunjukkan susunan yang lazim bagi peristiwa-peristiwa yang berlaku apabila Alice mengarang satu mesej dengan menggunakan agen pengguna melnya (mail user agent, MUA). Dia menaip masuk, atau memilih dari buku alamatnya, alamat e-mel penerimanya. Dia menekan butang "hantar".

  1. MUA-nya memformatkan mesej dalam suatu format e-mel Internet dan menggunakan Protokol Pemindahan Mel Mudah (SMTP) untuk menghantar mesej berkenaan ke agen pemindahan mel (mail transfer agent, MTA) tempatan, iaitu smtp.a.org yang dikendali Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) langganan Alice.
  2. MTA memeriksa alamat destinasi yang diberi dalam protokol SMTP (bukan dari pengepala mesej), iaitu bob@b.org. Alamat e-mel Internet address ialah serangkai bentuk localpart@exampledomain.com, yang dikenal pasti sebagai satu Alamat Domain Layak Sepenuhnya (Fully Qualified Domain Address, FQDA). Bahagian sebelum lambang @ ialah bahagian tempatan alamat, iaitu lazimnya nama pengguna penerima, manakala bahagian selepas lambang @ ialah nama domain. MTA mencari nama domain ini dalam Sistem Nama Domain untuk mencari pelayan pertukaran mel yang menerima mesej dari domain itu.
  3. Pelayan DNS untuk domain b.org, ns.b.org, membalas dengan rekod MX menyenaraikan pelayan pertukaran mel untuk domain berkenaan, iaitu mx.b.org, satu pelayan yang dikendali ISP Bob.
  4. smtp.a.org menghantar mesej berkenaan ke mx.b.org dengan menggunakan SMTP yang mengirimnya ke dalam peti surat pengguna bernama bob.
  5. Bob menekan butang "dapatkan mel" dalam MUAnya, yang memungut mesej berkenaan menggunakan Protokol Pejabat Pos (Post Office Protocol, POP3).

Mesej-mesej e-mel Internet terdiri daripada dua bahagian utama:

  • Pengepala — Distrukturkan kepada ruang-ruang seperti ringkasan, pengirim, penerima, dan maklumat lain mengenai e-mel
  • Isi — Mesej itu sendiri sebagai teks yang tidak berstruktur; kadang-kala disertakan ruang tandatangan pada penghujungnya

Pengepala dipisahkan daripada isi dengan sebatang garis kosong.

Pengepala

Pengepala mesej terdiri daripada ruangan-ruangan seperti yang berikut:

  • Dari: Alamat e-mel dan juga nama pengirim mesej
  • Ke: Alamat e-mel dan juga nama penerima mesej
  • Subjek: Ringkasan kandungan mesej (seperti tajuk)
  • Tarikh: Tarikh dan waktu tempatan mesej dikarang

Ruang-ruang pengepala lain juga termasuk (lihat RFC 4021 atau RFC 2076 untuk maklumat selanjutnya):

  • Cc: Salinan karbon (Carbon copy)
  • Bcc: Salinan karbon buta (Blind carbon copy)
  • Diterima: Malumat penjejakan yang dijana pelayan mel yang sebelumnya menangani sesuatu mesej
  • Content-Type: Maklumat mengenai bagaimana mesej perlu dipapar, biasanya sejenis MIME
  • Reply-To: Alamat yang patut digunakan untuk membalas pengirim.
  • References: Message-ID untuk mesej bahawa ini ialah maklumbalas, dan message-id mesej ini, dsb.
  • In-Reply-To: Message-ID bagi mesej bahawa ini ialah maklumbalas.
  • X-Face: Ikon kecil.

1 comment:

Anonymous said...

NAMA : MUHAMMAD HARITH BIN SHAHRI
MATRIC NO : BO2STM10FO50
CLASS : STM 1B
EMAIL ADDRESS : apai_syepap29@yahoo.com

Post a Comment