Tuesday, May 3, 2011

INPUT 5C

5.3 KERJA DALAM SISTEM ELEKTRIK
  • Sistem elektrik adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita. Walaupun kita tidak nampak kerja elektrik sedang dilakukan, apabila cas dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain, sebenarnya kerjadilakukan.

  • Kerja = Daya x Gerakan
Dalam sistem elektrik, voltan menyebabkan cas bergerak, maka
ditakrifkan sebagai

kerja ( J ) = voltan( V ) x pemindahan cas (C)

Dirumuskan sebagai

W = VQ
dimana W = kerja
V = voltan ( beza keupayaan )
Q =cas


CONTOH 5.5

Satu motor at 240 V, bekerja selama 5 minit dan arus sebanyak 5 ampere mengalir semasa kerja dilakukan. Kirakan kerja yang dilakukan oleh motor tersebut.(Diberi Q = l t)

Penyelesaian :
W = VQ
Q = l t
= 5 ( 5x60 )
= 1500 C

kerja, W = VQ
= 240 (1500)
= 360000 J

5.3.1 Situasi Kerja Sistem Elektrik

  • Kerja dalam sistem elektrik boleh menghasilkan kesan gerakan, bunyi, haba dan cahaya. Dalam kehidupan harian kita terdedah kepada kesan-kesan kerja elektrik semasa di rumah, sekolah, pejabat atau di kawasan-kawasan industri.
  • Motor elektrik mengerakkan bendalir, kayu, mesin, kerja logam, tali konveyer dan kipas.
  • Kesan haba yang dihasilkan oleh pemindahan cas digunakan dalam pemanas elektrik, pengering pakaian, pengering rambut atau oven.
  • Aplikasinya dalam menghasilkan cahaya, laser dan bunyi tidak dapat dinafikan.
  • Mengukur kerja yang dilakukan membolehkan juruteknik menguji kecekapan pelbagai sistem kerja ( tenaga) dimana kecekapan adalah perbandingan diantara kerja output dengan kerja input.
  • Dengan mengetahui kecekapan bandingan sistem, maka produktiviti keseluruhan dapat dikira.

2 comments:

cik inadia said...
This comment has been removed by the author.
cik inadia said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment